Friday, 21 March 2008

  • .....

    Hmmmmmmmmmmm..... Aku.. mm... entah.. rasa macam nak jiwang sekejap boleh?? =D

    Pada senyummu yg berbicara

    “Usah risau, semuanya baik-baik sahaja”

    Wajah yang akan kekal diingatanku

    Lalu aku melambai dan tertanya

    Adakah kita akan bertemu lagi?

    Mampukah aku utk tersenyum kembali

    Tanpa hilang seri dan jujurnya..

    Atau senyum hanya sekadar menerima?

     

    Biarpun berkali ku cuba

    Namum kata-kata tidak menyatakan apa di dada

    “Ku cinta padamu” tak semudah yang disangka

     

    Biarpun masa kan merubah semua

    Tiada satu pun yang mungkin

    Merubah saat dan memori kita

    Takkan bisa berubah..

    Waktu dan ketika itu antara kita berdua

     

    ‘Maaf’ yang kau tulis

    Pada rautmu, menyatakan segala-galanya

     

    Biarpun rasa itu

    Telahpun surut dari sini, tapi tiada dayaku

    Untuk mencampakkan segalanya, berpura ianya tak pernah ada

     

    Dan masa pun berlalu antara kita

    Langit biru tempat kita berbicara

    Hubungan kita kan berubah menjadi

    Talian erat yang berbeza

     

    Persis awan yang sentiasa berubah

    Mustahil bagai pelangi yang tak mungkin dicapai

    Rasa itu takkan kembali tetapi memori

    Takkan bisa berubah

    Waktu dan ketika itu antara kita berdua

     

    Biarlah ianya adalah cinta, sebuah mimpi atau

    Dayaku yang terakhir.

    Ku kejar dalam kekeliruan

    Ku genggam erat tanganmu tetapi

    Ku hanya menyakitimu

    Cintakah itu? Impiankah itu?

    Apa-apa pun ianya memang tulus

    Saat itu ianya memang ada…

     

    Biarpun masa kan merubah semua

    Takkan berubah, tiada dusta rasa itu

    Di saat ini kita bertemu kembali

    Bebas bak burung namum sesunyi angin bertiup

    Rasa itu takkan kembali tetapi memori

    Takkan bisa berubah

    Waktu dan ketika itu antara kita berdua

     

     So.. amcam?? jiwang tak?? Wahahahahahah!! Meluat tak?? Meluat kan?? =p

     

Comments (3)

  • Choose Identity

  • Give eProps (?)

  • New! You can now edit your comments for 15 minutes after submitting.

About this Entry

Who recommended?

Who gave the eProps?

2 eProps from: